Wednesday, March 18, 2015

Mimpi Indah

kenapa berminpi indah
sedang aku tak berdaya menghadapinya
bila terjaga

hidup yang perit makin perit
langkah yang berat makin tersekat

kenapa bermimpi indah
yang buat ku tertawa sebelum terjaga
takala mata bertemu cahaya
terasa takut terlelap semula

pergilah mimpi indah
yang menghambarkan kehidupan nyata

kerana aku selesa begini
dengan realiti tak seindah mimpi
kerana aku tahu DIA takdirkan kita disini
untuk merasa perit dan sengsara
bila DIA ingin kita gembira
DIA memanggil kita kesana...