Wednesday, January 7, 2015

Jawapan



seorang rakan bertanya kepada ku,jika dijanjikan sebuah jawapan yang jujur,
agak agak soalan apa yang akan kau tanya?
aku terdiam,kemudian tertawa.....
memang lah aku nak,tapi bila aku dapat tahu jawapan atau pendapat yang jujur daripada kau
adakah aku akan berpuas hati?

 kita mungkin tidak akan berpuas hati dengan sebuah jawapan yang jujur,
tetapi kita akan berpuas hati apabila
kita mendengar jawapan yang kita mahu dengar....

aku tak perlukan jawapan yang jujur.
aku cuma nak tahu jawapan yang mutlak,
jawapan yang dari Yang Maha Tahu,
dan aku nak lebih dari satu jawapan bahkan mungkin beribu ribu jawapan,
dan aku akan berada di sini seharian untuk mendengar jawapan jawapan tersebut.

aku ingin tahu apakah aku kenal diri aku sebaik yang aku fikirkan selama ini,
apakah aku benar dalam pendapat aku mengenai orang lain seperti yang selama ini aku percayai,
aku ingin tahu kemana aku harus pergi dan aku perlu menjadi siapa,
aku ingin tahu adakah apa yang aku ushakan akan memperoleh kejayaan,
aku ingin tahu apa yang perlu berubah,
aku ingin tahu apa yang kalian semua fikirkan,
aku ingin tahu apa gunanya menjadi manusia pintar jika tidak digunakan sebaiknya
aku ingin tahu apakah aku ini pada dasarnya baik,
aku ingin tahu adakah aku mempengaruhi orang sekelilingku,
aku ingin tahu apakah perkara yang dibenci oleh orang tentang diriku,
aku ingin tahu apakanh benda paling 'awesome' dalam diriku
aku ingin tahu semua yang aku tak tahu
aku ingin tahu apa yang perlu aku tahu

See? So many question and so many answered I want to get! Looks like it will be took forever, huh?Well, I believe some questions are better left unanswered.  So, most of all though, I want to know what the right question to ask is. 

aku perlu tahu bahawa hanya dia yang Maha Mengetahui


manusia hanya suka mendengar apa yang mereka mahu dengar..............