aku kata aku ni aku
kau kata aku ni kau
dan dia kata aku ni dia
kau kata aku ni kau
dan dia kata aku ni dia
aku kata aku ini di sini
kau di hadapan ku kata aku ini di situ
dia di sana kata aku ini di sana
hari ini aku kata hari ini adalah hari ini
kelmarin kau kata hari ini adalah esok
esok dia kata hari ini adalah kelmarin
hari ini aku kata aku ada di sini
kelmarin aku kata aku belum datang lagi ke sana
esok aku kata aku sudah tiada lagi di sana
hari ini aku dengar keluh kesah dan rintih pilu mu
kelmarin aku belum dengar semua itu
esok apakah kau masih begitu atau ianya sudah berlalu?
kelmarin aku belum dengar semua itu
esok apakah kau masih begitu atau ianya sudah berlalu?
hari ini aku ada di samping mu
kelmarin aku belum kenal lagi siapa kau
esok entah kan ada entah kan tiada
entah kan kau sudah lupa hari ini kerana itu adalah kelmarin mu
-----------------------------------------------------------------------
biar pun hanya ilusi
biar pun hanya dalam mimpi
namun yang pasti nya
esok masih ada
masih jua ada mentari
yang menyubur benih benih itu
biar pun hanya dalam mimpi
namun yang pasti nya
esok masih ada
masih jua ada mentari
yang menyubur benih benih itu
tapi pastikah aku
bahawa esok masih ada untuk aku
bahawa esok masih ada untuk aku